Monday, January 4, 2010

Assalamualaikum

Blog ini ditubuhkan semata-mata untuk menyatakan isi hati ini akan keadaan di negara saya cintai, Malaysia. Walaupun telah lebih 50 tahun merdeka, minda rakyat negara ini semakin dijajah. Contoh yang saya dapat lahirkan pada kali ini hanya ada satu. Masih segar di minda saya keadaan sewaktu menghampiri hari kemerdekaan tanggal 31 ogos 1998-2000. Berkibar dengan megahnya bendera Malaysia sehingga menutupi jalan raya. Bendera Malaysia ada dimana-mana sahaja. Nyanyian lagu kemerdekaan dilaungkan dengan penug semangat. Namun begitu, dengan pergerakan masa, semangat itu hilang dihanyut arus. Semangat itu kini hanya muncul pada hari kemerdakaan sahaja. Harapan saya pada kali ini hanyalah, pada hari kemerdakaan 2010 yang akan tiba, dapat disambut dengan semangat yang tinggi seperti tahun yang sebelumnya. Sekian